Tuesday, 14 June 2011

BERSUGI






Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.

 

Fadilat bersugi 
Rasulullah bersabda~ Solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat yang dikerjakan tanpa bersudi.


Hendaklah kamu mengambil berat terhadap bersugi kerana bersugi memiliki sepuluh kebaikan

1) membersihkan mulut
2) menjadi sebab keredhaan Allah
3) mengelakkan kemarahan Allah
4) Allah dan para malaikat mengasihi orang yang bersugi
5)menguatkan gusi
6) Menghilangkan gelema
7) mewangikan mulut
8)menghapuskan safra'(penyakit)
9)menguatkan pandangan mata
10)menghilangkan bau mulut yang busuk

* faedah bersugi dapat mengucapkan kalimah syahadah ketika sakarat. wallahualam..

Saturday, 11 June 2011

KERBAU KELAWAR N CACING

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui kerbau untuk bertanya kepada si kerbau adakah dia senang  telah diciptakan Allah SWT menjadi seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Pada hari itu kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya dan  bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau adakah kau senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau?". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang mandi dengan kencing sendiri". Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.


Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur di dalam sebuah gua. Kemudian Jibril bertanya kepada si kelelawar, "hai kelawar adakah kau senang hati telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perut", jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.



Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil adakah kamu senang hati telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya"



MANGKUK YANG CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT



Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".'


Thursday, 9 June 2011

Janji-Nya Benar


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani


Segala Puji Hanya Bagi Allah Tuhan pentadbir sekalian alam. Rahmat sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w.semulia- mulia pesuruhNya.Begitu juga keatas keluarga dan sahabat-sahabatnya.


Alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah
sukar nk dirakam bagaimana rasa bahagianya dihati tatkala dapat menghayati keindahan agama islam yang sebenarnya. 
sebagaimana firman Allah dalam surah Adh Dhuha ayat 3
'Tuhanmu tiada meninggalkanmu dan tidak pula membencimu'.


begitulah sopan santunnya Allah pada setiap makhlukNya.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah


diriku masih punya peluang untuk bertaubat pada usia yang muda ini selagi belum tiba masaku untuk menemuiMU, Ya Allah.
Izinkan aku kiranya Ya Allah, berkongsi pengalaman demi raih sebanyaknya manusia berkeinginan mengenaliMU dan AgamaMu yang hakiki.


Ingatlah wahai pembaca sekalian dunia yang kita hidup hari ini adalah pinjaman, sementara yang kejap je kat kita. rase macam tipu tapi tulah hakikat sebenarnya. kita rase punyer lah lame 20 -90 tahun tapi sebenarnya hakikat hidup kat dunia nih bape saat je kat akhirat nanti.


setiap nafas kita dihitung kanan kiri xpernah alpa tak pernah miss sikit pun. cume kita xnapak.tapi kalaulah kita nampak comfirm kita akan jatuh pengsan.
pernah ustaz saya cerita kita ni hidup hanya 1% je daripada makhluk lain2 yang Allah cipta. sedangkan maklaikat tu 90% dan jin lak 9%.
jadi mcm ner lah nak miss dari catit aper kiter watkan di setiap degup jantung?.
kita rase umat manusia nih dah ramai dah tapi malaikat yang 90% tu camner kita nk pikir ramainya macamner?? wallahualam..


sedarlah wahai manusia semua kita ada reason kenapa kita di cipta. tapi xnak tahu ke nape kite dicipta?
timbulkanlah rasa nak tahu tue.. find and investigate insyaAllah kita akan jumpa.
saya dah pernah cuba dan buktikan ianya sebenar-benarnya dan saya telah jatuh cinta dengan Allah.


setiap apa yang Allah suruh dan larang serta cipta adalah atas kebaikan. kalau xpercaya carilah dalam AlQuran baca faham maksudnya dan fikirlah dari semua segi InsyaAllah kamu akan jumpa apa yang awak cari.
usahlah sekadar pempersulit benda yang mudah. kebenaran dan bukti hari2 terjadi depan mata cuma kita je nk membenarkannya atau menafikannya.


Agama Islam bukan untuk satu atau kaum tertentu je tapi untuk SEMUA UMAT MANUSIA.
jangan cepat mempertikaikan sesuatu tue. pikirlah reason setiap ape yang berlaku tue. 


berbalaslah cinta dengan Allah..
insyaAllah akan kamu temui cinta yang sebenar-benarnya..
tak perlulah kita avoid dari Allah. 
Dia tak pernah rugi apa2 pun.
yang rugi tue kita sendiri.
apa perasaan bila kita kerugian??? kecewa?
kecewa kat dunia lebih baik kah atau kecewa di hidup yang kekal nanti lagi berbaloi?????


tak guna kita hari2 ngaku Allah Tuhanku, Islam Agamaku dan Nabi Muhammad Nabi dan Rasulku.
tapi solat tu tak nak wat, ngaji tak tahu. islam tue sebenarnya aper ada kat islam tue dan apa yang Rasulullah ajarkan pada kita untuk berjaya dunia dan akhirat???


Islam itu DIPELAJARI, bukan tunggu jerk..
nak tunggu apa??? cer tanyer diri apa kita tunggu???
apa kita tunggu?? 
azab sekarang macam2 Allah dah tunjuk.
nak bukti apa lagy???


SYAITAN? saper tue??? kenal kan? san nates?? devil evil??
wow namepun dah bunyi ganas dan jahat.
nak tahu sesuatu?? 
sebenarnya kitalah yang penentu kepada tindak tanduk syaitan. Syaitan sendiri tunduk pada Allah.
kenape syaitan gak yang di biar maharajelela dalam diri dan hidup kita???
 sana sini sibuk memperjuangkan hak kemerdekaan diri sendiri tapiiiiiiiiiiii
memerdekakan diri dari syaitan sape nak wat??? 


Nafsu?? kita jugalah penentu nafsu tue sebenarnya.
kenalilah islam yang sebenarnya banyak benda yang indah-indah dan menyeronokkan bukan keseronokkan dunia tau. KESERONOKAN DUNIA KESERONOKAN YANG PALSU.
sampai satu masa kita akan bosan gak melakukkan keseronokan dunia nih. excited dy kejap je..
tapi bila dah kenal islam yang sebenarnya kita akan excited yang sgt2 best. lagy best dari dunia punya keseronokkan.
Keseronokan yang membuat kita tak sabar2 nk temui Allah :)


usah peduli orang kate apa.jihad lah mempertahankan agama Allah.
jom sama2 mempertingkatkan martabat iman dihati masing2.
Allahlah yang memberikan kita kawan dan pertemuan 
so, aper de heran hilang kawan sebab dekat dengan Allah?
ti Allah ganti.
JANJI ALLAH ADALAH PASTI
JANJI ALLAH ADALAH PASTI 
ADALAH PASTI
HARI AKHIRAT ADALAH PASTI
SYURGA ALLLAH ADALAH PASTI
NERAKA ALLAH JUGA PASTI
DAJJAL ITU PASTI
PEPERANGAN ITU PASTI
KETURUNAN MUHAMMAD ITU PASTI
KEMARAU ADALAH PASTI
PERHIMPUNAN HARI PEMBALASAN ADALAH PASTI!!!!!!!


subhanallah subhanallah subhanallah....