Saturday 24 September 2011

K3R3N4H !ST3R!

Pada suatu hari seorang lelaki datang ke rumah Umar bin Khatthab ra. berhajat untuk mengadu keburukan isterinya. Namun setibanya di rumah Umar, ia mendengan isteri Umar bin Khattab mengeluarkan kata-kata yang kasar dan keras kepada suaminya, sementara itu Umar tidak menjawab sepatah pun perkataan. Akhirnya orang itu pun berfikir, sebaiknya ia  membatalkan niatnya.
Ketika orang itu hendak berbalik pulang, Umar baru sahaja keluar dari pintu rumahnya. Umar segera berteriak memanggil orang itu. Umar terus bertanya kepada orang itu, " Engkau datang kepadaku pasti hendak memberitahu sesuatu yang penting!"


Orang itu terus menjawab ,"Ya sahabatku, aku datang kepadamu hendak menkhabarkan tentang keburukkan isteriku terhadapku. akan tetapi setelah aku mendengar isterimu memarahimu dengan suara yang keras dan sikap diammu terhadap perbuatannya membuatkan aku membatalkan niatku untuk melaporkan apa yang telah dilakukan oleh isteriku."


Mendengar perkataan jujur sahabatnya itu Umar tersenyum kecil seraya berkata," wahai sahabatku, isteriku telah memasakkan makanan untukku. dia juga telah mencuci pakaianku, menguruskan urusan rumahku, dan mengasuh anak-anakku sehingga tiada hentinya maka apabila dia melakukan satu dua kesalahan tidaklah layak kita tegakkannya sedangkan kebaikkan-kebaikkannya kita lupakan.ketahuilah wahai saudaraku antara aku dan dia hanya ada dua hari. kalau aku tidak meninggalkannya dan bebas dari perangainya maka dia akan meninggalkan aku dan bebas dari perangaiku pula."


Setelah mendengar pertuturan Umar bin Khatthab yang penuh bijaksana dan berhikmah itu, orang itu pun beredar dengan hati yang lega dan puas.

Wednesday 14 September 2011

J4L4N T4UB4T M4S1H T3RBUK4


Oleh Prof Dr Sidek Baba
SETIAP manusia biasa melakukan dosa. Para remaja juga melakukan dosa. Ada yang sifatnya dosa besar dan ada yang bentuknya dosa kecil. Sifat manusia itu ialah nisyan atau lupa dan ghaflah atau lalai. Di peringkat umur remaja kelalaian dan kelupaan lebih ketara. Mereka perlu diingatkan selalu. Kadang-kadang leteran juga berlaku.
Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan remaja silap dan salah. Kelupaan menyebabkan remaja melanggar pedoman Allah. Kelalaian menyebabkan remaja melampaui batas. Mengulangi melakukan dosa ia ibarat titik-titik hitam di hati. Terlalu banyak titik hitam menyebabkan warna hati bertukar. Secara rohaniahnya, titik-titik hitam yang tidak dibersihkan akan menyebabkan lebih banyak kelupaan dan kelalaian. Ia boleh mendorong ke arah tabiat keji dan mungkar.
Hati remaja diibaratkan seperti cermin. Cermin yang baik ialah cermin yang ada kilauan. Cermin yang jernih memantulkan imej wajah yang jernih. Bila cermin terkandung banyak titik hitam, titik itu ada melitupi cermin dan cermin akan kehilangan daya pantulan. Cermin yang hilang daya pantulan ibarat hati yang hilang sensitivitinya terhadap perkara baik dan mungkar.
Bila hati tidak lagi ada daya pantulan remaja akan mengalami penyakit mati rasa. Penyakit mati rasa menyebabkan perlanggaran dosa dianggap perkara biasa. Melakukan kesalahan dan kemungkaran dianggap lazim. Dan akhirnya apabila dosa terus dilakukan cermin hati akan dilitupi ibarat hijab menutup wajah.
Sifat ibadah khusus dalam Islam dilakukan berulang-ulang. Tujuan dihantarkan Nabi dan Rasul pun antaranya ialah membawa khabar gembira dan peringatan. Perulangan dalam ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, zikir dan lain adalah proses tazkiah an nafs iaitu latihan rohaniah untuk membentuk nilai-nilai baik dan murni supaya jiwa kehambaan yang tinggi wujud pada diri insan.
Jiwa kehambaan yang membawa sifat patuh, taat, akur dan tunduk boleh membentuk watak remaja menjadi orang-orang yang sentiasa berfikir untuk mendapat reda Allah. Manifestasi ibadah khusus boleh menjadi jalur pengembangan maksud ibadah yang lebih luas. Ketundukan kepada pedoman Allah iaitu bersifat jujur kerana-Nya, ikhlas kerana-Nya, amanah kerana-Nya, adil kerana-Nya, tulus dan telus kerana-Nya membimbing manusia melihat seluruh pekerti dalam hidupnya terkandung sifat-sifat rohaniah yang tinggi.
Bercakap benar dan tidak berdusta adalah gambaran sifat rohaniah yang tinggi. Memimpin dengan amanah dan jujur adalah gambaran sifat orang-orang yang beriman. Takut akan azab Allah dan insaf keTuhanan yang tinggi (God-conciousness) adalah gambaran orang-orang yang berjiwa muttaqin. Kualiti ini apabila menjadi amalan remaja ia akan berhikmah atau berpulang kembali kepada dirinya atau kepada orang lain.
Seseorang remaja yang jujur dan amanah, bila sifat itu diamalkan dalam hidupnya, tidak saja kebaikan itu dirasakannya tetapi kebaikan itu juga dirasakan oleh orang lain. Seseorang remaja yang cintakan ilmu, kebaikan ilmu itu tidak saja memberikan suluh kepada jalan hidupnya tetapi akan menerangi orang lain. Seseorang remaja, sabar dalam menghadapi ragam hidup, kesabarannya itu akan menyebabkannya terelak daripada kegelojohan kerana kesabaran adalah mutiara kebijaksanaan.
Mengapa remaja melakukan dosa?
Pertama, remaja mungkin tidak memiliki kesedaran rohaniah yang meyakini bahawa Allah itu Maha Perkasa dan Maha Mengetahui. Konsep berTuhan hanya sekadar percaya. Percaya yang tidak ditunjangi oleh ilmu boleh berubah-ubah kadang-kadang berada dalam kesamaran. Kesamaran boleh menyebabkan remaja ragu-ragu. Ragu-ragu dalam keyakinan dan pendirian boleh menyebabkan perlanggaran. Perlanggaran dalam amal dan perbuatan boleh menyebabkan dosa.
Kedua, remaja tidak dititipkan ilmu-ilmu yang berguna dan bermanfaat dan tidak mempunyai kesempatan yang berkesan untuk melalui proses didik dan hadir dalam persekitaran yang membantu ke arah pembentukan akhlak yang baik. Akibatnya remaja tidak memiliki perasaan peka nilai. Ia menyebabkan remaja tidak menjadikan nilai-nilai murni sebagai jalan hidup keremajaan sebaliknya menjadikan naluri dan nafsu sebagai jalur memenuhi niat dan hajat.
Ketiga, ramai remaja yang tidak memiliki qudwah atau contoh yang baik dan cemerlang dalam hidup. Ia menyebabkan remaja kekosongan dalam mencari contoh yang fitrah untuk diteladani dan diikuti. Atas dorongan naluri dan nafsu-nafsi remaja boleh terdorong untuk membina idola dan diva yang akhirnya menjerumuskan remaja kepada ‘pemujaan’ terhadap selebriti seperti artis, pelakon dan juga personaliti-personaliti lain.
Keempat, sesetengah remaja tidak ada rasa berdosa terhadap apa dan terhadap sesiapa pun. Dorongan naluri dijadikan pedoman dan gesaan nafsu dijadikan turutan. Akhirnya dosa-dosa kecil berlaku secara berterusan dan dosa besar semacam suatu kebiasaan.
Dalam Islam ruang untuk bertaubat dan mohon keampunan sentiasa terbuka. Sebab itu para remaja yang insaf tentang hubungannya dengan Allah akan sentiasa melakukan istighfar bila berlaku sesuatu kesilapan, merenung ke dalam diri, mencari sebab-musabab kejadian dan berazam tidak mengulangi lagi. Kesilapan yang dilakukan oleh remaja tidak bermakna itulah akhirnya hidup.
Dalam sejarah sahabat-sahabat Nabi baik di Mekah mahupun di Madinah, ramai yang melakukan pelbagai dosa kecil dan besar tetapi apabila keinsafan timbul, hidayah diberikan dan kembali kepada diri yang fitrah bertukar menjadi pejuang-pejuang di barisan depan Islam. Saidina Omar, sebagai contoh, pada zaman jahiliahnya melakukan pembunuhan anak perempuan tetapi bila mendengar ayat-ayat Allah digemakan, timbul keinsafan yang amat mendalam untuk kembali kepada fitrah. Dan apabila menerima akidah tauhid, beliau menjadi benteng utama perjuangan Islam yang amat digeruni oleh musuh.
Di Malaysia, remaja Melayu dibesarkan dalam keluarga orang-orang Islam. Paling tidak secara keturunan mereka adalah orang-orang Islam. Harus ada didikan di peringkat keluarga, sekolah dan masyarakat tentang kesedaran rasa bersalah dan rasa berdosa di kalangan mereka. Kesedaran ini amat penting wujud dalam diri remaja supaya ada perisai dalam diri remaja untuk mengenal dan membentengi diri supaya mengetahui yang salah itu salah dan yang benar itu tetap benar.
Remaja Islam harus insaf bahawa kumpulan mereka ini sedang dijadikan sasaran oleh musuh-musuh umat khususnya para pendakwah yang menguasai media cetak dan elektronik, melabur dengan kos yang tinggi terhadap acara-acara yang bersifat festival dan hiburan yang berterusan dengan harapan apabila para remajanya asyik dengan hiburan dan festival yang melampau ia akan memesongkan perhatian remaja untuk cemerlang dalam bidang ilmu dan pendidikan.
Bila hiburan, muzik, festival dan bahan-bahan lucah dalam internet menjadi ketagihan, para remaja mula alpa tentang tanggungjawab kepada Allah dan akhirnya mudah terjebak dalam perangkap dosa yang kadang-kadang menyebabkan remaja hilang jalan kembali.
Oleh itu kembali kepada Allah ialah dengan melakukan taubat. Melakukan taubat mesti ada keikhlasan dan kejujuran pada diri. Keikhlasan yang diikuti untuk tidak mengulanginya lagi bakal memimpin remaja ke jalan yang direda. Dosa remaja dengan dengan remaja lain atau sesama manusia harus diselesaikan sesama manusia dan dosa remaja terhadap Allah harus langsung dengan-Nya.
Remaja yang melakukan taubat dan berazam untuk melakukan kebaikan dan amal yang bermanfaat dalam hidup, ibarat seorang anak yang lahir semula. Sebagai anak yang baru lahir, para remaja hendaklah mendedahkan diri dalam suasana dan persekitaran yang baik supaya kebaikan persekitaran boleh membantu remaja yang kekal dalam kebaikan.
Sekiranya berlaku dosa kecil kembali mohon keampunan kepada Allah dan apabila amalan yang baik sebati pada diri remaja, ia akan memberikan rasa kekebalan remaja untuk menghadapi cabaran yang lebih besar. Bertaubatlah sebelum terlambat kerana Allah s.w.t. Maha penerima taubat dari hamba-Nya.

INDAHNYA TAUBAT..... 

Menuju Taubat Dari Perbuatan Zina




Setelah kita mengetahui besarnya kejahatan dosa zina serta pengaruhnya yang dapat menghancurkan peribadi dan masyarakat, maka perlu sekali diperhatikan kewajiban untuk bertaubat dari perbuatan ini. Wajib bagi mereka yang hanyut ke dalam lembah perzinaan, yang menjadi penyebab ataupun yang membantu terjadinya perbuatan itu, untuk segera bertaubat kepada Allah dengan taubat sebenarnya. Berikut ini beberapa poin cara bertaubat dari perbuatan zina:
1. Hendaklah mereka menyesali apa yang pernah mereka lakukan dan tidak kembali lagi pada perbuatan tersebut walaupun sangat memungkinkan.
2. Tidak harus bagi mereka yang terperosok dalam lembah perzinaan, baik laki-laki ataupun perempuan untuk menyerahkan diri dan mengakui perbuatan dosa yang dilakukannya. Bahkan, cukup baginya dengan bertaubat kepada Allah dan menutup aib dirinya dengan tabir Allah azza wa jalla.
3. Jika orang yang berzina tadi masih menyimpan gambar pasangannya, rekaman suara, atau fotonya, maka hendaklah ia melepaskan diri dari itu semua. Apabila gambar atau rekaman suara tadi sudah diberikan kepada orang lain, maka hendaklah ia tidak memintanya kembali dan segera menyelamatkan diri darinya bagaimanapun caranya.
4. Apabila seorang wanita pernah direkam atau difoto, kemudian ia khawatir masalahnya akan tersebar, maka hendaklah ia segera bertaubat kepada Allah ta’aladan tidak menjadikan hal itu sebagai penghalang antara dirinya dengan Allah ta’ala.
Bahkan, wajib baginya bertaubat kepada Allah. Janganlah ia terpengaruh oleh ancaman dan intimidasi orang lain. Allah subhanahu wa ta’ala yang akan mencukupi dan menguasai dirinya. Sungguh orang yang mengancamnya hanyalah pengecut dan penakut. Orang ini akan membongkar kejelekannya sendiri apabila menyebarkan gambar-gambar dan rekaman suara yang ada padanya.
Lalu apakah yang akan terjadi apabila ia melaksanakan ancaman itu? Manakah yang lebih mudah antara terbongkarnya kejelekan di dunia yang disertai dengan taubat nasuha ataukah terbongkarnya kejelekan di depan seluruh ummat yang menyaksikan pada hari Kiamat sehingga setelah itu ia masuk Neraka yang merupakan sejelek-jelek tempat?
5. Apabila perempuan tadi kuatir aibnya akan tersebar, maka salah satu solusi yang dapat dilakukan dalam menggapai taubat adalah meminta bantuan kepada salah seorang keluarga laki-laki yang bisa diandalkan untuk menolongnya agar terlepas dari kemaksiatan yang pernah dilakukannya. Mungkin saja bantuan keluarga itu dapat berguna dan bermanfaat baginya.
Kesimpulannya, barangsiapa yang terperosok ke dalam kubangan dosa ini hendaklah segera bertaubat dengan sebenar-benar taubat, menyerahkan semuanya kepada Allah, dan memutuskan hubungan dengan semua yang dapat mengingatkannya pada perbuatan itu. Kemudian, hendaklah ia menyesali semua yang telah dilakukannya di hadapan Rabb-nya, dengan penuh tawadlu’, merendahkan diri, dan menyerahkan semuanya kepada-Nya. Semoga dengan begitu, Allah azza wa jalla berkenan menerima taubatnya, mengampuni dosa-dosa yang pernah dilakukannya, dan menggantinya dengan kebaikan-kebaikan.
Allah ta’ala berfirman:

وَالَّذِينَ لاَيَدْعُونَ مَعَ اللهِ إِلَهًا ءَاخَرَ وَلاَيَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ وَلاَيَزْنُونَ وَمَن يَّفْعَلْ ذَلِكَ يَلقَ أَثَامًا {68} يُضَاعَفُ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَانًا {69} إِلاَّ مَنْ تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمَلاً صَالِحًا فَأُوْلَئِكَ يُبَدِّلُ اللهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللهُ غَفُورًا رَّحِيمًا {70}

”Dan orang-orang yang tidak menyembah Ilah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan adzab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Furqon: 68-70)

Tuesday 13 September 2011

Akibat Buruk Perbuatan Zina





Kerosakan akibat zina
Zina merupakan kerosakan yang sangat  besar, keburukan nyata, dan pengaruhnya begitu besar yang mengakibatkan pelbagai kerosakan, baik terhadap orang yang melakukan maupun terhadap masyarakat secara umum.
Mengingat perbuatan zina ini sudah sering terjadi, demikian juga penyebabnya pun sudah tersebar dimana-mana, maka berikut ini kami akan berusaha menghadirkan beberapa dampak negatif dari perbuatan kotor ini, serta berbagai kemudharatan dan kerusakan yang diakibatkannya.
1. Dalam perbuatan zina tekumpul semua jenis keburukan, seperti lemahnya agama, hilangnya ketakwaan, hancurnya kesopanan, lenyapnya rasa cemburu, dan terkuburnya akhlak terpuji.
2. Perbuatan zina dapat membunuh rasa malu sehingga menjadikan seseorang tebal muka atau tidak tahu malu.
3. Perbuatan zina mempengaruhi keceriaan wajah sehingga menjadikannya kusam, kelam, dan tampak layu bagaikan orang yang mengalami kesedihan mendalam. Di samping itu, zina dapat memicu kebencian yang bisa disaksikan oleh orang yang melihatnya.
4. Perbuatan zina mengakibatkan kegelapan dan hilangnya cahaya hati.
5. Perbuatan zina menjatuhkan bahkan menghilangkan harga diri pelakunya, menjatuhkan derajatnya di hadapan sang Pencipta dan seluruh makhluk-Nya, serta menghilangkan sebutan hamba yang berbakti, ’afif (pemelihara kehormatan diri), dan orang yang adil. Bahkan sebaliknya, orang banyak akan menjulukinya sebagai hamba yang jahat, fasik, pelacur, dan pengkhianat.
6. Sifat liar yang dicampakkan Allah ke dalam hati pezina merupakan teman akrab yang tampak jelas pada wajah pelakunya. Pada wajah orang yang ‘afif akan terlihat keceriaan, pada hatinya terdapat keramahan, dan semua yang duduk bersamanya akan merasa senang, sedangkan pada wajah pezina malah terlihat sebaliknya.
7. Orang akan melihat seorang pezina dengan pandangan yang meragukan, penuh dengan khianat. Tidak ada seorang pun yang akan percaya tentang kehormatan yang diraihnya dan anak yang dimilikinya.
8. Bau busuk yang keluar dari tubuh seorang pezina dapat dicium oleh setiap orang yang berhati bersih dan selamat. Bau busuk tersebut berhembus dari mulut dan badannya.
9. Perbuatan zina akan mengakibatkan hati yang sempit dan perasaan tertindas. Para pezina akan diperlakukan dengan perlakuan yang tidak sesuai dengan keinginan mereka. Siapa saja yang menginginkan kenikmatan hidup dengan keindahannya, tetapi ia meraihnya dengan cara bermaksiat kepada Allah, maka Allah pasti akan mengadzabnya dengan kebalikan apa yang diinginkannya. Sesungguhnya, semua kenikmatan yang ada di sisi Allah tidak akan bisa diraih kecuali dengan cara mentaati perintah-Nya. Allah sama sekali tidak pernah menjadikan suatu kemaksiatan sebagai penyebab untuk memperoleh kebaikan.
10. Orang yang melakukan perbuatan zina berarti telah mengharamkan dirinya untuk menikmati bidadari Surga di tempat-tempat indah dalam surga ’Adn
11. Perbuatan zina dapat membuat orang berani memutuskan tali shilaturahim, durhaka terhadap orang tua, menghasilkan harta yang haram, membuahkan akhlak tercela, serta menelantarkan keluarga dan keturunan. Kadang-kadang zina dapat menyeret pelakunya untuk melakukan pembunuhan. Bisa jadi untuk melakukan niat jahat itu, ia bekerja sama dengan tukang sihir sehingga menyeretnya ke dalam perbuatan syirik baik ia ketahui maupun tidak. Sebab, perbuatan zina tidak akan sempurna kecuali dengan melakukan kemaksiatan lain yang sebelumnya dan yang dilakukan bersamaan dengannya sehingga akan mengakibatkan munculnya berbagai macam maksiat lainnya. Perbuatan ini dikelilingi oleh berbagai kemaksiatan sebelum dan sesudahnya. Maksiat inilah yang paling cepat menyeret seseorang kepada kesengsaraan dunia dan akhirat serta merupakan penghalang yang paling kuat untuk memperoleh kebaikan dunia dan akhirat.
12. Perbuatan zina menghilangkan kehormatan seorang gadis dan menyelimutinya dengan kehinaan, yang tidak hanya di tanggung seorang diri, tapi juga akan mencemari kehormatan keluarganya. Rasa hina itu akan berpengaruh terhadap keluarga, suami dan kerabatnya, sehingga membuat kepala-kepala mereka tertunduk malu di tengah masyarakat.
13. Kehinaan yang dirasakan oleh orang yang dituduh berbuat zina lebih menyayat dan lebih kekal dibandingkan dengan kehinaan yang dirasakan oleh orang yang dituduh berbuat kafir. Sebab jika seorang yang bertaubat dari perbuatan kufur, justru akan dapat menghilangkan rasa hina di tengah masyarakat, tidak meninggalkan bekas pada masyarakat yang dapat menjatuhkan derajat orang seperti dirinya di hadapan orang yang dilahirkan dalam keadaan Islam.
Lain halnya dengan perbuatan zina, sebab setelah bertaubat dari perbuatan ini –walaupun pelakunya secara agama sudah bersih dan dengan taubat itu pula adzab akhirat yang akan diterimanya sudah terangkat- masih meninggalkan bekas yang sangat mendalam di dalam hati, harga dirinya di mata masyarakat yang tidak pernah melakukan perbuatan tersebut jadi berkurang sesuai dengan kadar perbuatan zina yang ia lakukan.
Lihatlah seorang wanita yang disebut sebagai pezina, bagaimana kaum pria menjauh dan tidak mau menikahinya walaupun ia telah bertaubat. Demi menghindari aib yang dahulu telah mencoreng harga dirinya, mereka pun lebih mengutamakan menikah dengan wanita kafir yang sudah masuk Islam, daripada menikah wanita yang besar dalam agama Islam, namun ia melakukan perbuatan zina.
16. Perbuatan zina merupakan kejahatan moral terhadap anak. Perbuatan zina juga menyebabkan munculnya seorang anak yang miskin kasih sayang yang bisa mengikatnya. Selain merupakan kejahatan terhadap anak yang dilahirkan, zina juga memaksa anak tersebut hidup hina dalam masyarakat dan membuatnya merasa terpojok dari setiap sudut. Perasaan seperti ini muncul sebab pada umumnya masyarakat meremehkan anak zina, nurani mereka mengingkarinya, dan mereka tidak memandangnya dari segi kemasyarakatan sebagai pelajaran. Apakah dosa anak ini ? hati siapakah yang begitu tega membuatnya seperti ini ?
17. Perbuatan zina yang dilakukan seorang pria pezina, dapat menghancurkan wanita baik-baik yang terpelihara dan menjerumuskannya pada jurang kehancuran dan kenistaan.
18. perbuatan zina dapat memicu munculnya berbagai permusuhan dan mengobarkan api balas dendam antara keluarga wanita dengan laki-laki yang menzinainya. Hal itu disebabkan oleh api cemburu terhadap harga diri keluarga. Tatkala seseorang melihat salah seorang pezina telah berbuat lancang terhadap istrinya, api cemburu yang ada dalam dadanya akan membara sehingga dapat memicu terjadinya saling bunuh dan menyebarnya peperangan. Sebab, pencorengan terhadap harga diri seorang suami dan kerabat lainnya dapat membuat malu dan menodai kehormatan mereka. Seandainya seorang suami mendengar bahwa salah satu keluarganya terbunuh, niscaya kabar itu lebih ringan baginya daripada mendengar bahwa istrinya telah berbuat zina.
Sa’ad bin ’Ubadah radliyallahu’anhu berkata, ”Seandainya aku melihat seorang laki-laki bersama istriku, tentu aka akan memenggal lehernya dengan pedang tanpa kumaafkan”.
Kalimat itupun sampai kepada Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam, lantas beliau pun bersabda:
”Apakah kalian heran dengan kecemburuan Sa’ad? Demi Allah, aku lebih cemburu daripada Sa’ad dan Allah lebih cemburu daripada aku. Karena kecemburuan Allah tersebutlah, makadi haramkan segala bentuk kekejian yang tampak maupun yang tersembunyi” (HR. Bukhori (5223) dan Muslim (2761))
Lain halnya dengan orang yang membenci perzinaan, menjauhinya, serta tidak rela hal itu terjadi terhadap yang lainnya. Gambaran seperti ini akan memberikannya kewibawaan dalam hati anggota keluarganya dan akan membantu menjadikan rumahnya bersih dan terjaga dari hal-hal buruk.
19. perbuatan zina memberi dampak negatif terhadap kesehatan jasmani pelaku yang sulit diobati atau disembuhkan, bahkan dapat mengancam kelangsungan hidup pelakunya. Perbuatan itu akan memicu munculnya berbagai penyakit, seperti AIDS, penyakit sifilis, penyakit herpes, penyakit kelamin, dan penyakit kotor lainnya.
Beberapa pihak telah mengklaim bahwa penyebab terbesar mewabahnya penyakita AIDS adalah karena sex bebas atau dengan kata lain zina. Seperti di Subang, di klaim bahwa AIDS 73% disebabkan oleh perilaku sex bebas remaja[2], bahkan di Kupang sampai 98% penyebab mewabahnya AIDS adalah karena sex bebas[3].
20. Perbuatan zina merupakan penyebab hancurnya suatu ummat. Sudah menjadi sunnatullah terhadap hamba-Nya bahwa ketika perbuatan zina muncul ke permukaan bumi, Allah azza wa jalla marah dan kemarahan-Nya pun semakin besar sehingga pasti akan mengakibatkan terjadinya balasan berupa bencana di atas muka bumi.
Ibnu Mas’ud Radliyallahu’anhu berkata: ”Tidaklah tampak perbuatan memakan riba dan perzinaan dalam suatu negeri, melainkan Allah mengizinkan kehancurannya.”
Ingatlah, Suatu Perbuatan Akan Dibalas Sesuai Dengan Jenis Perbuatan Tersebut[4]
Kalimat judul poin ini adalah suatu kaidah syar’iyyah dan sunnatullah yang tidak akan pernah berganti. Allah ta’alaakan membalas seseorang sesuai dengan perbuatannya.
Wahai saudaraku….apakah Anda mengira bahwa orang yang mengumbar syahwatnya tanpa ada aturan dan tatanan akan selamat dari adzab Allah? Tidak. Minimal ia akan mendapatkan adzab seperti yang terkandung dalam kaidah di atas. Coba Anda dengarkan ungkapan Imam Asy-Syafi’i rahimahullah:
Jagalah kehormatan kalian, niscaya istri-istri kalian akan terjaga dari perbuatan haram
Hindarilah segala yang tidak pantas dilakukan oleh seorang muslim
Zina adalah hutang, Jika Engkau mengambilnya hutang
Maka, Ketahuilah bahwa tebusannya adalah anggota keluargamu
Barangsiapa berzina, akan dizinai meskipun di dalam rumahnya
Camkanlah, jika engkau termasuk orang yang berakal
Barangsiapa yang berusaha mengoyak kehormatan orang lain, maka dimungkinkan ia akan melihat hal serupa menimpa pada anak perempuan atau saudara perempuannya. Barangsiapa yang tidak mempedulikan larangan-larang Allah, bisa saja (berakibat) istrinya mengkhianatinya. Dan wanita mana saja yang melakukan hal itu, maka dimungkinkan ia akan melihat hal serupa menimpa pada anak perempuan atau anak keturunannya –semoga Allah subhanahu wa ta’ala menjauhkan kita semua dari segala bencana-.
Nauzubillah..