Saturday, 24 September 2011

K3R3N4H !ST3R!

Pada suatu hari seorang lelaki datang ke rumah Umar bin Khatthab ra. berhajat untuk mengadu keburukan isterinya. Namun setibanya di rumah Umar, ia mendengan isteri Umar bin Khattab mengeluarkan kata-kata yang kasar dan keras kepada suaminya, sementara itu Umar tidak menjawab sepatah pun perkataan. Akhirnya orang itu pun berfikir, sebaiknya ia  membatalkan niatnya.
Ketika orang itu hendak berbalik pulang, Umar baru sahaja keluar dari pintu rumahnya. Umar segera berteriak memanggil orang itu. Umar terus bertanya kepada orang itu, " Engkau datang kepadaku pasti hendak memberitahu sesuatu yang penting!"


Orang itu terus menjawab ,"Ya sahabatku, aku datang kepadamu hendak menkhabarkan tentang keburukkan isteriku terhadapku. akan tetapi setelah aku mendengar isterimu memarahimu dengan suara yang keras dan sikap diammu terhadap perbuatannya membuatkan aku membatalkan niatku untuk melaporkan apa yang telah dilakukan oleh isteriku."


Mendengar perkataan jujur sahabatnya itu Umar tersenyum kecil seraya berkata," wahai sahabatku, isteriku telah memasakkan makanan untukku. dia juga telah mencuci pakaianku, menguruskan urusan rumahku, dan mengasuh anak-anakku sehingga tiada hentinya maka apabila dia melakukan satu dua kesalahan tidaklah layak kita tegakkannya sedangkan kebaikkan-kebaikkannya kita lupakan.ketahuilah wahai saudaraku antara aku dan dia hanya ada dua hari. kalau aku tidak meninggalkannya dan bebas dari perangainya maka dia akan meninggalkan aku dan bebas dari perangaiku pula."


Setelah mendengar pertuturan Umar bin Khatthab yang penuh bijaksana dan berhikmah itu, orang itu pun beredar dengan hati yang lega dan puas.

No comments:

Post a Comment