Sunday, 28 August 2011

D1R1KU & P3NY4PU

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Alhamdulillah aq masih berdaya untuk meneruskan ibadah berpuasa hari ini. Entah mengapa Syawal yang bakal menjelang nanti membuatkan hatiku sedih tidak keruan. Ya Allah, entahkan aku mampu berjumpa lagi dengan bulan ramadan tahun hadapan. Terimalah puasa ramadanku tahun ini ini Ya Allah. Amin.

Dalam kesedihan bakal ditinggalkan Ramadan, kugagahi jua tulang temulangku berperang bersama sawang, habuk dan debu demi memperhias rumah bondaku di kampung agar hatinya gembira di Aidilfitri. Aidilfitri ini biarlah menjadi Aidilfitri yang terbaik dan bertambah lagi cintaku padaMu, Ya Gaffar. Jangan Kau biar aku kelalaian seperti masa lalu.



Beginilah nikmatnya membantu bonda mengemas rumah. Hatiku lebih dekatnya dengan sang Kekasih. Ketenangan ini ketenaganMu Ya Rozzaq.

Syukur kupanjatkan padaMu Illahi atas kurniaanMu kepada kami keatas bulan Ramadan ini. Ini bulan kami umat islam.Semoga umat islam di palestin tetap merasai kemanisan Ramadan. Semoga Aidilfitri nanti menambah kebahagiaan dan kemenangan di hati mereka,  amin ya rabbal alamin.

P3NY4PU..


Rupamu yang rupawan, jelinganmu yang menawan, tuturmu yang sopan, tingkahlakumu yang anggun itu membuatkan hatiku memilihmu daripada si vacum yang cangih itu.
Keanggunanmu membuatkan aku tertarik menjadikan kau teman bersama-sama memerangi sawang dan habuk-habuk di rumah bondaku.
Terbukti aku benar-benar sukakanmu bila kau melancarkan segala kerja-kerjaku, oh sang berjasa.
Itulah yang membuat hati sedihku berkurangan. Terima kasih buat Tuhanku yang Pemurah itu, kerana menciptakan penyapu buat kami semua.


ALHAMDULILLAH.

No comments:

Post a Comment