Friday, 12 August 2011

M3NJ4UH..

Dengan lafaz Bismillahirohmanirohim..
kumulakan meninta blog ini hari ini sesungguhnya keranaMu Ya Allah..
JAUH.. hamba terlalu takut untuk meluah segala yang terbuku dihati
tiada siapa mampu menyelesaikannya melainkan Engkau Ya RabbulJalil.
ku pendam segalanya hanya ku lepas padaMu hanya padaMu.
Sekolah yang lamaku tinggal ku jejaki semula.
walaupun misi dan visinya adalah kerana ingin menuntut ilmu namun perbezaan tetap ketara dahulu dan kini bukan satu perkara yang sama.
ya tidak sama sekali.
profession kini bukan lahir dari hatiku namun ku tetapkan jua kuatkan hati demimu bangsa dan masyarakatku.
melihat adik-adik yang begitu suci tanpa caturan duniaMu yang terlalu luas membuatkan diriku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaMu Illahi.
begitu bertenaga mereka dalam pahit getir melalui sedikit demi sedikit cabaran menuntut ilmu meski masih ditahap yang terlalu bawah dan masih terlalu panjang sesi pembelajaran yang perlu dan mesti di tempuhi oleh mereka.
Wahai adik-adikku kenalilah Tuhanmu. Usahlah kau biar hidupmu di perkotak katikkan oleh cintamu kepada dunia. Dunia ini adalah sebuah medan permainan. kelaknya pastii engkau kan tewas jua.Matlamat hidup sudah jelas di depan mata usahlah kau binasakan hidupmu duhai adik-adikku.
Di sekolah itu, kumengenal persahabatan, permusuhan, kepahitan jua kemanisan. namun manakan boleh kuundur semula segala yang tela menjauh....

Bersyukurku padaMu Ya Allah...

No comments:

Post a Comment